Tuesday, June 1, 2010

IID UiTM Johor 2010

Sebelum saya bertugas di UiTM Johor, saya tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh UiTM. Bukan tidak berminat tetapi tiada usaha ke arah itu. Di UiTM Johor saya mula didedahkan dengan Pertandingan KIK. Mula menjadi Fasilitator KIK dan mencetuskan idea yang dibawa ke pertandingan merupakan pengalaman yang menarik. Kebetulan itulah pertama kali Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor masuk bertanding. Kurang pengalaman akhirnya mengundang kalah tapi kami menang pengalaman. Tahun ke dua kami bertanding KIK dengan berbekalkan idea saya dan rekabentuk dan programming yang dilakukan oleh Isma serta dokumen yang disediakan oleh Diana kami terus mendapat tempat pertama dan mewakili Johor ke Peringkat UiTM di Perlis. Ini kenangan manis saya.

Tahun ke dua saya di UiTM Segamat membawa saya ke Pertandingan IID. Produk kemenangan KIK di bawa ke IID dan kami mendapat pingat Emas. Saya semakin teruja memasuki pertandingan demi pertandingan. Taklimat IID daripada sifu IID En. Hisham Md-Basir memberi banyak panduan, semangat dan idea. Pengalaman banyak mengajar saya mengejar kejayaan. Menghasilkan idea bukan perkara yang mudah. Ianya perlu praktikal, mudah difahami dan boleh diterima pakai oleh masyarakat. Saya melihat kebanyakkan projek KIK dan IID hanya sekadar pertandingan dan kurang diguna pakai oleh masyarakat awam. Justeru itu saya perlu melahirkan satu hasil kerja atau produk yang boleh diterjemahkan dan diguna pakai oleh masyarakat . Produk IID pula perlu melalui proses hasilan akademik seperti penyelidikan dan penulisan kertas kerja . Saya telah bersedia mengaturnya bersama rakan sepasukan IID 2010. Kejayaan adalah bergantung kepada komitment semua rakan sepasukan yang terdiri daripada Isma, Ayu & Ila. Kami bergambung tenaga kali ini mewakili fakulti ke Pertandingan IID 2010 UiTM Johor. Saya sentiasa membawa unsur tajuk PhD saya ke dalam apa jua projek yang saya jalankan. Projek kami mudah iaitu Adaptasi Web 2.0 dalam Library 2.0. Ayu akan mengetuai projek kali ini. Doakan kejayaan kami.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin