Monday, June 14, 2010

Taaruf : STORMREADERS (JOM SAMPAIKAN ILMU)



JOM KE KEDAI BUKU BAKRI @ www.stormreaders.net/success
Assalammualaikum saudara dan saudari yang dihormati, salam ukhwah....
Terlebih dahulu, saya ucapkan syabas di atas minat saudara/saudari untuk mengetahui PROGRAM STORMREADERS yang menjurus ke arah menjalankan tanggungjawab "Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat" (hadis riwayat Bukhari dan Muslim), yang terletak di bahu setiap orang Muslim!Program ini disertai oleh ikon-ikon Telaga Biru, Ust Zahazan Mohamed, Dr Abdul Basit, Dr Zulkifli, Ust Mohamad Abdullah, Ust Mohd Nizam, Ustz Nik Salida, Ust Abdul Rahman, Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Ustz Dato Siti Nor Bahyah, Ust Wan Akasyah, Dr Irfan Khairi, Ust Zamri, Dato Hj Ismail Kamus, Dr HM Tuah dan ramai lagi.


PENGENALAN

Secara asasnya Pelan Pemasaran Stormreaders adalah PELAN JUALAN
memandangkan Stormreaders mempunyai kekuatan pada produk yang terbukti BOLEH DIJUAL dan ada MARKET/PERMINTAAN. Untuk makluman, produk Stormreaders bukanlah produk-produk baru dan sebelum ini ianya telah pun dijual secara konvensional oleh penjual-penjual buku termasuklah MPH, POPULAR dan lain-lain tokoh buku.
Lebih istimewa, di Stormreaders produk-produk ini masih dijual pada HARGA PASARAN, tidak seperti kebanyakkan MLM lain yang menjual produk pada harga yang tidak berasas! Program Stormreaders adalah 100% patuh SYARIAH dan lebih istimewa lagi ada BONUS "OVERRIDING" selepas meninggal dunia (mati), iaitu ilmu-ilmu yang bermanfaat yang telah kita sebarkan melalui penjualan bahan-bahan ilmu ini, InsyaALLAH...

Setelah mendaftar, saudara/saudari akan menerima keperluan-keperluan perniagaan iaitu kedai dan pejabat maya ( e-store dan e-net), katalog dan kit permulaan perniagaan. Dengan kelengkapan ini, saudara/saudari boleh promosikan e-store tuan secara online dan pada masa yang sama saudara/saudari juga boleh MENJAJA SECARA KATALOG yang dibekalkan kepada kenalan-kenalan saudara/saudari samada rakan sekerja, sepejabat, jiran-tetangga, ahli keluarga dan sanak saudara dan sesiapa sahaja, untuk membuat jualan secara "offline".

Untuk aktif dalam rangkaian, saudara/saudari boleh mulakan langkah dengan mendaftar sebagai PENGEDAR. Saudara/saudari perlu sediakan maklumat-maklumat seperti dalam pdf file "member profile" yang saya emailkan bersama ini untuk pendaftaran.


BAYARAN KEAHLIAN

Bayaran ialah
RM90 Keahlian + Tempahan Produk sebanyak 100cp. Bayaran RM90 Keahlian ini adalah untuk perkara berikut:-
RM30 - KAD AHLI merangkumi Insuran Takaful Kemalangan Diri sebanyak RM30k dan Khairat Kematian RM3k - TAHUNAN.
RM30 - SEWA KEDAI MAYA ( e-store www.stormreaders.net/[nama-kedai] ) dan SEWA PEJABAT MAYA ( e-net, akan dapat login ID, Password dan E-Wallet )- TAHUNAN.
RM30 - KIT PERNIAGAAN ( Borang Keahlian untuk sponsor ahli baru, Katalog, Borang pesanan buku, buku resit, Profile Syarikat termasuklah Pelan Pemasaran, tips-tips dan maklumat-maklumat lain ) - SEKALI SAHAJA.

Manakala mata 100cp pula "lesen" menjadi PENGEDAR dan membolehkan saudara/saudari membuat PENAJAAN (SPONSOR ) Rakan Pengedar Baru. Nilai RM untuk 100cp ini bergantung kepada kombinasi buku-buku yang saudara/saudari tempah. Bersama-sama ini saya sertakan pdf senarai buku yang available dan nilai cp untuk setiap buku. Saudara/saudari boleh tinjau e-katalog di e-store saya ( www.stormreaders.net/success ) tetapi di e-store ini maklumat cp tidak dinyatakan.

Setelah menjadi PENGEDAR, saudara/saudari layak menjana 5 hingga 9 jenis PENDAPATAN yang terdapat di dalam Pelan Pemasaran yang disediakan :-
1) Komisen harian jualan e-store peribadi sebanyak 20% daripada nilai setiap jualan.
2) Bonus overriding bulanan e-store tajaan sebanyak 10% dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah RM500 dalam bulan tersebut.
3) Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan e-store global, dengan syarat e-store peribadi saudara/saudari mencapai jualan minima berjumlah RM1000 dalam bulan tersebut.
4) Komisen jualan peribadi sebanyak RM15 apabila saudara/saudari menaja/memperkenalkan rakan Pengedar Baru. Saudara/saudari boleh menaja seberapa ramai rakan Pengedar Baru selagi mampu, tiada limit.
5) Bonus overriding jualan kumpulan sebanyak RM45 untuk gabungan 3 rakan Pengedar Baru dari rangkaian yang berasingan dibawah saudara/saudari. Perkembangan rangkaian ini tidak dihadkan bilangan tingkatnya ( level ), tetapi bonus ini dihadkan kepada maksima RM4500 seminggu atau 100 gabungan.
- bonus harian = RM45/ Gabungan ( 100 : 100 : 100 )

4 PENDAPATAN
lagi akan layak diperolehi apabila saudara/saudari maju ketahap PENGARAH.

PENDAFTARAN
hanya boleh dibuat secara "ONLINE" oleh Pengedar yang telah berdaftar ( seperti saya ). Untuk pendaftaran, saudara/saudari perlu membuat bayaran yang diperlukan RM90 + NILAI TEMPAHAN BUKU 100cp terlebih dahulu. Bayaran boleh dibuat ke akaun CIMB 06010723559520 (AL BAKRI MOHAMMAD)type here -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 -Bakry Mohammad 14/06/2010 16:09 . Sesudah saya terima bayaran dan maklumat yang diperlukan, saya akan terus PROCEED PENDAFTARAN saudara/saudari. Sejurus selepas pendaftaran, saudara/saudari akan terima Login ID dan Password serta URL untuk kedai maya (e-store) melalui email dan boleh mula bergiat aktif mempromosikan e-store saudara/saudari. Manakala produk yang ditempah untuk 100cp tadi akan diposkan kepada saudara/saudari bersama-sama dengan kit perniagaan ( kos pos ditanggung oleh Stormreaders ). Saudara-saudari juga boleh pilih untuk collect produk-produk tersebut di HQ Stormreaders di Damansara Damai.

Percaya atau tidak, saudara/saudari tidak akan rugi walau sedikit pun jika menyertai program ini kerana :-
1) Saudara/saudari membeli produk Stormreaders pada harga pasaran, untuk menambah ilmu pengetahuan, motivasi diri dan keluarga.
2) Menambah koleksi buku-buku ilmiah yang berkualiti tinggi dari segi content dan persembahan dan membawa cahaya ( ILMU ) ke dalam rumah yang menjadi bahan rujukan apabila perlu.
3) Secara tidak langsung telah menjana "HASANAH", menjalankan kerja-kerja "DA'EI" (BERDAKWAH ) dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat melalui jualan bahan-bahan ilmiah yang berkualiti.
4) Mengeratkan SILATURRAHIM melalui pembinaan RANGKAIAN.
5) Menyumbang ke arah budaya membaca ( bahan-bahan ilmu yang berfaedah ) dikalangan masyarakat ( IANYA BERMULA DARI SETIAP KITA ).
6) Stormreaders baru sahaja membuka keahlian pada 01.12.2009 yang lepas. Setakat ini, baru ada hampir 4000 orang ahli yang telah berdaftar. Rangkaian masih terlalu "mentah" jika dibandingkan dengan syarikat MLM lain yang telah mencapai ratusan ribu ahli. INILAH PELUANG KITA MENJADI ORANG YANG TERAWAL.
7) Syarikat 100% milik BUMIPUTERA ISLAM, perniagaan khusus untuk umat ISLAM untuk memajukan ekonomi umat ISLAM.
8) Pelan 100% berasas dan patuh SYARIAH, jauh dari unsur gharar, syubhah dan kezaliman. Pendapatan yang diperolehi adalah jelas dan nyata sumbernya dan didasari oleh akad-akad yang sah. Rezeki halal lagi toyyibah, memberi ketenangan jiwa!..
9) hmmm... terlalu banyak kalau nak terus disebut, termasuklah boleh dapat tax exemption ( pengecualian cukai ) untuk buku yang kita beli...

Sekiranya ada sebarang pertanyaan sila sms 016-3987048 atau email success@stormreaders.com

Ikhlas,

AL BAKRI MOHAMMAD
Storm BizPartners
e-mail : bakri88@gmail.com
H/P: 016-3987048






Tuesday, June 1, 2010

IID UiTM Johor 2010

Sebelum saya bertugas di UiTM Johor, saya tidak pernah menyertai apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh UiTM. Bukan tidak berminat tetapi tiada usaha ke arah itu. Di UiTM Johor saya mula didedahkan dengan Pertandingan KIK. Mula menjadi Fasilitator KIK dan mencetuskan idea yang dibawa ke pertandingan merupakan pengalaman yang menarik. Kebetulan itulah pertama kali Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Johor masuk bertanding. Kurang pengalaman akhirnya mengundang kalah tapi kami menang pengalaman. Tahun ke dua kami bertanding KIK dengan berbekalkan idea saya dan rekabentuk dan programming yang dilakukan oleh Isma serta dokumen yang disediakan oleh Diana kami terus mendapat tempat pertama dan mewakili Johor ke Peringkat UiTM di Perlis. Ini kenangan manis saya.

Tahun ke dua saya di UiTM Segamat membawa saya ke Pertandingan IID. Produk kemenangan KIK di bawa ke IID dan kami mendapat pingat Emas. Saya semakin teruja memasuki pertandingan demi pertandingan. Taklimat IID daripada sifu IID En. Hisham Md-Basir memberi banyak panduan, semangat dan idea. Pengalaman banyak mengajar saya mengejar kejayaan. Menghasilkan idea bukan perkara yang mudah. Ianya perlu praktikal, mudah difahami dan boleh diterima pakai oleh masyarakat. Saya melihat kebanyakkan projek KIK dan IID hanya sekadar pertandingan dan kurang diguna pakai oleh masyarakat awam. Justeru itu saya perlu melahirkan satu hasil kerja atau produk yang boleh diterjemahkan dan diguna pakai oleh masyarakat . Produk IID pula perlu melalui proses hasilan akademik seperti penyelidikan dan penulisan kertas kerja . Saya telah bersedia mengaturnya bersama rakan sepasukan IID 2010. Kejayaan adalah bergantung kepada komitment semua rakan sepasukan yang terdiri daripada Isma, Ayu & Ila. Kami bergambung tenaga kali ini mewakili fakulti ke Pertandingan IID 2010 UiTM Johor. Saya sentiasa membawa unsur tajuk PhD saya ke dalam apa jua projek yang saya jalankan. Projek kami mudah iaitu Adaptasi Web 2.0 dalam Library 2.0. Ayu akan mengetuai projek kali ini. Doakan kejayaan kami.

Wednesday, May 26, 2010

Terima Kasih Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Saya berada di Kampus Segamat bersama rakan penyelidik yang lain iaitu Isma, Ayu dan Ila untuk menyelesaikan beberapa perkara berkenaan buku dan penyelidikan. Saya amat senang bersama pasukan ini atas kerjasama dan komitment yang diberikan untuk mencapai matlamat kami.Terima kasih buat Ila, Isma dan Ayu. Semoga usaha kita ini diberkati Allah dan membuahkan kejayaan.

Perbincangan kami bermula dengan mengemaskini buku yang perlu dihantar segera ke UPENA. Ila yang banyak berhubung dengan pihak UPENA UiTM Johor dan UPENA Shah Alam. Nampaknya maklumat yang kami terima agak berbeza. Akhirnya saya memilih untuk memenuhi tuntutan UPENA Shah Alam. Alahai...menurut Ila kami perlu menunggu hampir 5 bulan untuk UPENA Shah Alam memproses buku kami. Itu pun kalau data dan maklumatnya bersih daripada sebarang kesalahan. Syaratnya juga agak ketat...kami perlu menghantar seperti sebuah buku yang lengkap jika mahukan proses 5 bulan tadi. Agaknya jika sekadar hantar manuskrip biasa-biasa mungin akan memakan masa satu atau dua tahun baru buku ini akan dikeluarkan. Mungkin ini jawapannya mengapa ramai pensyarah tidak berminat untuk UPENA menerbitkan buku mereka.

Saya memerlukan Kata Penghantar di dalam buku saya. Akhirnya saya memilih Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim untuk mencatat sesuatu di dalam buku ini. Agak segan juga pada mulanya untuk berjumpa beliau. Lalu saya minta Ila menguruskan semua itu. Saya tidak mengharap kerana Prof. mempunyai nama besar dalam industri buku. Tapi perasaan saya itu meleset. Saya sangat sayu atas respon yang Prof. Kamil berikan.Begitu mudah beurusan dengan beliau kerana beliau ikhlas mahu membantu kami. Kesibukan beliau tidak menghalang beliau membantu kami. Ketika beliau terkejar menjalankan tugas ke Singapura beliau masih sempat mengedit catatan Kata Penghantar yang kami berikan. Saya sudah menduga penulis berpengalaman seperti beliau mempunyai ayat-ayat yang sungguh puitis berbanding dengan kami yang masih baru mencuba-cuba dunia penulisan. Saya berdoa agar Prof. Muhd Kamil dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam perjalanan hidup. Ini yang beliau titipkan buat kami...

Hampir lima tahun saya menulis blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Penulisan yang bermula atas dasar suka-suka akhirnya menjadi satu ketagihan. Malah ia mempunyai pengikut setia, tidak ramai tetapi cukup untuk berasa dihargai. Blog membawa perhubungan antara manusia menjadi tersangat hampir.


Namun saya pasti, lima tahun yang lalu saya terkial-kial untuk memulakan blog sendiri. Hanya kekuatan dalaman dan usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan saya degil belajar secara “cuba dan bersedia menerima kesilapan” dalam membangunkan blog tersebut. Ia tidaklah terlalu sukar tetapi tidak pula terlalu mudah bagi mereka yang fobia IT.


Ramai orang bertanya, “bagaimana mahu memulakan penulisan di blog?”. Ia agak tidak realistik untuk saya berkata, “mari saya ajar bagaimana menggunakan wordpress” setiap kali ada orang mengemukakan pertanyaan tersebut.


Saya bosan!


Kini saya sangat teruja apabila ada yang mahu menulis buku yang secara mudah dan ringkas mengajar khalayak bagaimana mahu membina blog. Nanti saya boleh khabarkan, “bacalah buku Gelombang Baru Membina Blog Berasaskan Web 2.0”. Ia sebuah buku yang praktikal, santai, menyeluruh dan mempunyai kaedah langkah demi langkah.


Secara ringkas, buku ini boleh menjadi rujukan berguna kepada mereka yang ingin menggunakan kemudahan internet melalui pembangunan blog walaupun bagi mereka yang “risau IT”.


Saya benar-benar berfikir begitu.


Mudah-mudahan buku ini menjana ilmu yang bermanfaat.


Muhd Kamil Ibrahim

Profesor Perakaunan

Universiti Teknologi MARA

www.muhdkamil.org


Thursday, May 20, 2010

Perjumpaan Ke Tiga

Penubuhan Kumpulan Penyelidik, Penulis & Perunding menjadikan saya terpaksa membuat jadual dan perancangan yang tersusun agar semuanya berjalan lancar. Saya pasti rakan pensyarah muda yang saya bimbing pasti mengharapkan sesuatu dari saya. Justeru itu saya mesti memulakan gerak kerja agar matlamat yang ingin dicapai jelas dan mudah difahami. Oleh itu untuk perjumpaan ke tiga ini saya perlu bergerak selangkah lagi iaitu membuat jadual yang ketat memandangkan semuanya telah selesai tugas hakiki iaitu mengajar.

Bersama ini saya catatkan jadual aktiviti perjumpaan kita minggu hadapan.

Masa bermula jam 9.00am - 4.00pm. Tempat di Bilik Mesyuarat Fakulti (KMC)
,

TARIKH AKTIVITI


24/05 (Isnin) * Perbincangan perundingan dengan TUDM

25/05 (Selasa) * Perbincangan Projek Perundingan/Bengkel Blog
1. Perpustakaan N.Sembilan ( Perpustakaan Awam )
2. Perpustakaan PTAR Shah Alam (Perpustakaan Akademik)
3. HEP & MPP
4. Bersama Penasihat Persatuan & HEP

* Perbincangan Rekabentuk Blog Web 2.0 utk KIK
- Megemaskini maklumat Blog IMS - Mengemaskini Blog HEP
- Mengemaskini Modul Bengkel Blog

* Perbincangan Projek IID
- Perlantikan Ketua
- Memilih Tajuk
- Pembahagian Tugas

26/05 ( Rabu ) * Mengemaskini Buku Blog UPENA
- Penetapan Tajuk & Isi Kandungan
- Review Buku - Menyiapkan Cover Buku
- Mengisi Borang UPENA
- Cetakan Buku
- Hantar Sampel Buku


27/05 ( Khamis ) * Perbincangan Penyelidikan
- Tajuk Penyelidikan
- Mengisi Borang Dana kecemerlangan
- Review Artikel

* Perbincangan Pembentangan Kertas Kerja
1. Conference di UiTM Sarawak
2. Conference di UiTM Sabah
3. Kolokium UiTM Johor

Saya berdoa agar Allah member saya segala kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam diskusi ilmu ini.

Bakry, Shah Alam




Saturday, May 8, 2010

Bekerja 7 hari seminggu

Sejak penubuhan kumpulan penulis, penyelidik dan perundingan (KPPP) saya terpaksa bekerja 7 hari seminggu. Komputer saya juga terpaksa bekerja mengikut tuannya. Syukur dgn nikmat Allah swt atas ciptaan ini. Saya menggunakan sepenuhnya kemudahan komputer dan Internet serta teknologi P1W1Max. Saya dah guna celcom & maxis untuk broadband tapi hasilnya mengecewakan. Sehingga kita broadband P1W1Max ini dengan RM39.00 sebulan cukup memuaskan.

Saya perlukan semua ini untuk banyak perkara terutama pencarian maklumat utk PhD, mengakses e-mail UiTM, mengendalikan 3 Blog iaitu IMS, AMKTS & Travelog PhD. Ini pun tengah memikirkan nak beli laptop yang baru. Bukan mudah nak uruskan semua ini. Saya juga memerlukan kesihatan yang baik agar dapat bekerja dan memikirkan idea yang bagus untuk semua ini. Semoga Allah swt member saya kekuatan untuk melakukan yang terbaik.

Allah swt telah mempermudahkan segalanya. Saya mendapat idea tidak kira masa. Baru-baru ini lepas solat Jumaat saya dapat idea untuk dimuatkan dalam buku blog. Kisahnya bila Blog IMS telah diceroboh dan semua entri yang lepas hilang. Jadi rakan saya En.Isma beritahu menulis Blog menggunakan MS Word 2007 saya rasa ini perlu dikongsi. Lantas saya call Isma untuk buat penulisan tentang perlunya Blog ditulis dalam MS Word 2007 untuk tujuan simpanan. So sesiapa yang mempunyai Blog harus membuat satu folder agar ada backup jika terjadi sesuatu pada Blog anda.

Bakry, Sri Andalasz Tampin N.Sembilan

Friday, May 7, 2010

Mengatur Strategi

Saya memulakan langkah PhD pada 27 Disember 2009. Akhirnya saya membatalkan pemilihan Universiti Melbourne sebagai destini Pembelajaran PhD saya dan memilih UiTM sebagai kuliah PhD. Kita merancang dan Allah swt ada perancangannya untuk kita. Sesungguhnya Allah swt itu tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kini hampir 4 bulan berlalu. Saya agak cemas kerana belum nampak research proposal yang bakal dibentang pada bulan Ogos 2010 akan datang. Saya agak leka sedikit dan sibuk menguruskan ha-hal peribadi.Saya terlalu sibuk dengan projek Blog hingga memakan banyak masa yang seharusnya saya untukkan untuk membaca artike-artikel untuk literature survey saya. Namun saya cepat tersedar dari lamunan dan perlu bergerak lebih cergas agar saya tamat dalam tempoh. Saya perlu mengatur strategi agar tersusun kemas langkah PhD saya. Saya perlukan sokongan semua pihak. Akhirnya dengan izin Allah swt saya dipertemukan dengan rakan-rakan yang mahu bersama saya sebagai penyelidik. Kami saling memerlukan dan matlamat kami adalah sama iaitu memburu kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan. Terima Kasih buat Ila, Isma & Ayu kerana ingin bersama saya menjalankan penyelidikan.
Kini perjalan baru bermula. Saya berdoa agar Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan kami.

Sunday, November 15, 2009

Langkah Pertama Menggapai Impian

Saya akan mulakan blog saya ini dengan menghubungkan link saya yang berkaitan Travelong PhD menerusi catatan daripada Blog Alam Maya.

:: Memperkasakan Perpustakaan Desa Melalui Web 2.0 - 11/11/2009
http://albakri88.wordpress.com/2009/11/11/memperkasakan-perpustakaan-desa-melalui-web-2-0

:: IID & PhD - 29/10/2009
http://albakri88.wordpress.com/2009/10/29/iid-phd-2

:: PhD - Khabar Dari Melbourne - 14/1/2009
http://albakri88.wordpress.com/2009/01/14/phd-khabar-dari-melbourne-australia

:: Bermulanya Travelog PhD - 8/1/2009
http://albakri88.wordpress.com/2009/01/08/bermulanya-travelog-phd

:: Rakan-rakan PhD - 22/12/2008
http://albakri88.wordpress.com/2008/12/22/rakan-rakan-phd

:: PhD Tips : The Road Not Taken - 19/11/2008
http://albakri88.wordpress.com/2008/11/19/phd-tips-the-road-not-taken

:: Langkah Yang Kemas Dan Tersusun ke Arah PhD - 17/11/2008
http://albakri88.wordpress.com/2008/11/17/langkah-yang-kemas-dan-tersususn- ke-arah-phd

:: Travelog PhD Antara Harapan Dan Cabaran - 13/11/2008
http://albakri88.wordpress.com/2008/11/13/travelog-phd-antara-harapan-dan-cabaran

LinkWithin