Wednesday, May 26, 2010

Terima Kasih Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Saya berada di Kampus Segamat bersama rakan penyelidik yang lain iaitu Isma, Ayu dan Ila untuk menyelesaikan beberapa perkara berkenaan buku dan penyelidikan. Saya amat senang bersama pasukan ini atas kerjasama dan komitment yang diberikan untuk mencapai matlamat kami.Terima kasih buat Ila, Isma dan Ayu. Semoga usaha kita ini diberkati Allah dan membuahkan kejayaan.

Perbincangan kami bermula dengan mengemaskini buku yang perlu dihantar segera ke UPENA. Ila yang banyak berhubung dengan pihak UPENA UiTM Johor dan UPENA Shah Alam. Nampaknya maklumat yang kami terima agak berbeza. Akhirnya saya memilih untuk memenuhi tuntutan UPENA Shah Alam. Alahai...menurut Ila kami perlu menunggu hampir 5 bulan untuk UPENA Shah Alam memproses buku kami. Itu pun kalau data dan maklumatnya bersih daripada sebarang kesalahan. Syaratnya juga agak ketat...kami perlu menghantar seperti sebuah buku yang lengkap jika mahukan proses 5 bulan tadi. Agaknya jika sekadar hantar manuskrip biasa-biasa mungin akan memakan masa satu atau dua tahun baru buku ini akan dikeluarkan. Mungkin ini jawapannya mengapa ramai pensyarah tidak berminat untuk UPENA menerbitkan buku mereka.

Saya memerlukan Kata Penghantar di dalam buku saya. Akhirnya saya memilih Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim untuk mencatat sesuatu di dalam buku ini. Agak segan juga pada mulanya untuk berjumpa beliau. Lalu saya minta Ila menguruskan semua itu. Saya tidak mengharap kerana Prof. mempunyai nama besar dalam industri buku. Tapi perasaan saya itu meleset. Saya sangat sayu atas respon yang Prof. Kamil berikan.Begitu mudah beurusan dengan beliau kerana beliau ikhlas mahu membantu kami. Kesibukan beliau tidak menghalang beliau membantu kami. Ketika beliau terkejar menjalankan tugas ke Singapura beliau masih sempat mengedit catatan Kata Penghantar yang kami berikan. Saya sudah menduga penulis berpengalaman seperti beliau mempunyai ayat-ayat yang sungguh puitis berbanding dengan kami yang masih baru mencuba-cuba dunia penulisan. Saya berdoa agar Prof. Muhd Kamil dan keluarga sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam perjalanan hidup. Ini yang beliau titipkan buat kami...

Hampir lima tahun saya menulis blog Kehidupan Ringkas tapi Signifikan. Penulisan yang bermula atas dasar suka-suka akhirnya menjadi satu ketagihan. Malah ia mempunyai pengikut setia, tidak ramai tetapi cukup untuk berasa dihargai. Blog membawa perhubungan antara manusia menjadi tersangat hampir.


Namun saya pasti, lima tahun yang lalu saya terkial-kial untuk memulakan blog sendiri. Hanya kekuatan dalaman dan usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan saya degil belajar secara “cuba dan bersedia menerima kesilapan” dalam membangunkan blog tersebut. Ia tidaklah terlalu sukar tetapi tidak pula terlalu mudah bagi mereka yang fobia IT.


Ramai orang bertanya, “bagaimana mahu memulakan penulisan di blog?”. Ia agak tidak realistik untuk saya berkata, “mari saya ajar bagaimana menggunakan wordpress” setiap kali ada orang mengemukakan pertanyaan tersebut.


Saya bosan!


Kini saya sangat teruja apabila ada yang mahu menulis buku yang secara mudah dan ringkas mengajar khalayak bagaimana mahu membina blog. Nanti saya boleh khabarkan, “bacalah buku Gelombang Baru Membina Blog Berasaskan Web 2.0”. Ia sebuah buku yang praktikal, santai, menyeluruh dan mempunyai kaedah langkah demi langkah.


Secara ringkas, buku ini boleh menjadi rujukan berguna kepada mereka yang ingin menggunakan kemudahan internet melalui pembangunan blog walaupun bagi mereka yang “risau IT”.


Saya benar-benar berfikir begitu.


Mudah-mudahan buku ini menjana ilmu yang bermanfaat.


Muhd Kamil Ibrahim

Profesor Perakaunan

Universiti Teknologi MARA

www.muhdkamil.org


Thursday, May 20, 2010

Perjumpaan Ke Tiga

Penubuhan Kumpulan Penyelidik, Penulis & Perunding menjadikan saya terpaksa membuat jadual dan perancangan yang tersusun agar semuanya berjalan lancar. Saya pasti rakan pensyarah muda yang saya bimbing pasti mengharapkan sesuatu dari saya. Justeru itu saya mesti memulakan gerak kerja agar matlamat yang ingin dicapai jelas dan mudah difahami. Oleh itu untuk perjumpaan ke tiga ini saya perlu bergerak selangkah lagi iaitu membuat jadual yang ketat memandangkan semuanya telah selesai tugas hakiki iaitu mengajar.

Bersama ini saya catatkan jadual aktiviti perjumpaan kita minggu hadapan.

Masa bermula jam 9.00am - 4.00pm. Tempat di Bilik Mesyuarat Fakulti (KMC)
,

TARIKH AKTIVITI


24/05 (Isnin) * Perbincangan perundingan dengan TUDM

25/05 (Selasa) * Perbincangan Projek Perundingan/Bengkel Blog
1. Perpustakaan N.Sembilan ( Perpustakaan Awam )
2. Perpustakaan PTAR Shah Alam (Perpustakaan Akademik)
3. HEP & MPP
4. Bersama Penasihat Persatuan & HEP

* Perbincangan Rekabentuk Blog Web 2.0 utk KIK
- Megemaskini maklumat Blog IMS - Mengemaskini Blog HEP
- Mengemaskini Modul Bengkel Blog

* Perbincangan Projek IID
- Perlantikan Ketua
- Memilih Tajuk
- Pembahagian Tugas

26/05 ( Rabu ) * Mengemaskini Buku Blog UPENA
- Penetapan Tajuk & Isi Kandungan
- Review Buku - Menyiapkan Cover Buku
- Mengisi Borang UPENA
- Cetakan Buku
- Hantar Sampel Buku


27/05 ( Khamis ) * Perbincangan Penyelidikan
- Tajuk Penyelidikan
- Mengisi Borang Dana kecemerlangan
- Review Artikel

* Perbincangan Pembentangan Kertas Kerja
1. Conference di UiTM Sarawak
2. Conference di UiTM Sabah
3. Kolokium UiTM Johor

Saya berdoa agar Allah member saya segala kekuatan, kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam diskusi ilmu ini.

Bakry, Shah Alam




Saturday, May 8, 2010

Bekerja 7 hari seminggu

Sejak penubuhan kumpulan penulis, penyelidik dan perundingan (KPPP) saya terpaksa bekerja 7 hari seminggu. Komputer saya juga terpaksa bekerja mengikut tuannya. Syukur dgn nikmat Allah swt atas ciptaan ini. Saya menggunakan sepenuhnya kemudahan komputer dan Internet serta teknologi P1W1Max. Saya dah guna celcom & maxis untuk broadband tapi hasilnya mengecewakan. Sehingga kita broadband P1W1Max ini dengan RM39.00 sebulan cukup memuaskan.

Saya perlukan semua ini untuk banyak perkara terutama pencarian maklumat utk PhD, mengakses e-mail UiTM, mengendalikan 3 Blog iaitu IMS, AMKTS & Travelog PhD. Ini pun tengah memikirkan nak beli laptop yang baru. Bukan mudah nak uruskan semua ini. Saya juga memerlukan kesihatan yang baik agar dapat bekerja dan memikirkan idea yang bagus untuk semua ini. Semoga Allah swt member saya kekuatan untuk melakukan yang terbaik.

Allah swt telah mempermudahkan segalanya. Saya mendapat idea tidak kira masa. Baru-baru ini lepas solat Jumaat saya dapat idea untuk dimuatkan dalam buku blog. Kisahnya bila Blog IMS telah diceroboh dan semua entri yang lepas hilang. Jadi rakan saya En.Isma beritahu menulis Blog menggunakan MS Word 2007 saya rasa ini perlu dikongsi. Lantas saya call Isma untuk buat penulisan tentang perlunya Blog ditulis dalam MS Word 2007 untuk tujuan simpanan. So sesiapa yang mempunyai Blog harus membuat satu folder agar ada backup jika terjadi sesuatu pada Blog anda.

Bakry, Sri Andalasz Tampin N.Sembilan

Friday, May 7, 2010

Mengatur Strategi

Saya memulakan langkah PhD pada 27 Disember 2009. Akhirnya saya membatalkan pemilihan Universiti Melbourne sebagai destini Pembelajaran PhD saya dan memilih UiTM sebagai kuliah PhD. Kita merancang dan Allah swt ada perancangannya untuk kita. Sesungguhnya Allah swt itu tahu apa yang terbaik untuk kita.

Kini hampir 4 bulan berlalu. Saya agak cemas kerana belum nampak research proposal yang bakal dibentang pada bulan Ogos 2010 akan datang. Saya agak leka sedikit dan sibuk menguruskan ha-hal peribadi.Saya terlalu sibuk dengan projek Blog hingga memakan banyak masa yang seharusnya saya untukkan untuk membaca artike-artikel untuk literature survey saya. Namun saya cepat tersedar dari lamunan dan perlu bergerak lebih cergas agar saya tamat dalam tempoh. Saya perlu mengatur strategi agar tersusun kemas langkah PhD saya. Saya perlukan sokongan semua pihak. Akhirnya dengan izin Allah swt saya dipertemukan dengan rakan-rakan yang mahu bersama saya sebagai penyelidik. Kami saling memerlukan dan matlamat kami adalah sama iaitu memburu kejayaan dalam kerjaya serta kehidupan. Terima Kasih buat Ila, Isma & Ayu kerana ingin bersama saya menjalankan penyelidikan.
Kini perjalan baru bermula. Saya berdoa agar Allah s.w.t mempermudahkan perjalanan kami.

LinkWithin